Welcome to my blog : )

Pls dont hesitate to leave a comment
any request do email me at
mnzxbru@gmail.com

Thursday, April 24, 2008

Pengail terhebat di rantau ini

Salam sejahtera kepada semua.. Di sini saya ingin mengongsikan cerita yang baru saya perolehi semalam. Mari kita perkenalkan dua handalan yang dimaksudkan itu. Di sebalah kiri ialah "Raja Laut Kurapu sensasi" dan di sebalah kanan pula anak murid beliau iaitu "Putra Laut pari beranak"
Syahadan, semasa saya menemuramah mereka, mereka memperlawa saya untuk menjamu selera untuk memeriahkan lagi suasana petang itu. Selepas sahaja menjamu selera. Raja laut Kurapu Sensasi pun menceritakan bagaimana beliau mendapat ilmu mengail itu. Beliau mendapat ilmu itu dari seorang pendita yang mulia yang tinggal di sebuah pulau yang terpencil terletak bersebelahan dengan Pulau Si Bungur. Apalagi, ketika saya cuba korek tentang cerita pendita itu, beliau cuba menghindarkan bagaimana hendak bertemu dengan pendita itu. Apalagi anak murid beliau, Putra laut Pari beranak terus sahaja memotong cerita dan menceritakan tentang pantang larang ketika memancing ikan. Yang mana kita mesti mengikuti adat pantang larang semasa berada di perairan.
Sebahagian pantang larangnya ialah, meminta keizinan dari Allah SWT, membuang air kecil mahupun besar sebelum turun ke laut, membawa bekalan dari rumah seperti kueh bahulu (lebih mujarab), semasa melangkah didahulukan langkah kanan, hati mesti bersih dari sifat Takbur, dan yang paling utama umpan mesti ada.






Aksi yang ditunukkan sebelum melontar mata kail kedasar laut yang ditujukkan oleh Raja Laut Kurapu Sensai.






Raja laut Kurapu Sensasi berlari untuk menaikkan ikan yang mengena di jorannya yang hanya di perhatikan oleh Putra Laut Pari beranak







Sebahagian ikan yang tewas di tangan kedua dua pengail terhebat ini.

No comments: